~ gedebuk..gedebak ~

Showing posts with label IKAN. Show all posts
Showing posts with label IKAN. Show all posts

06/05/2013

Siakap Stim Tiga Rasa

Selamat tengahari semua...
Pada yg tengah lunch tu selamat makan...makan elok2...kunyah perlahan2...selain bagus tuk perut & sistem penghadaman ia juga satu cara senaman muka yg paling mudah sebenarnya...jangan pula sebab nak cepat makan tu pakai telan2 ja...kan dah lekattt...kena tunda ngan air...ehehe...

Okeh...berbalik pada menu yg sy nak share hari ni....menu ni sy buat untuk digandingkan dengan masak lemak labu tempoh hari. Memang matching lah dengan menu hari tu. Resepi ni sy dah buat berkali-kali sebenarnya tapi tak teringat pula nak kongsi di blog. Selalunya ikan sy buat cara goreng tapi kali ni sy buat versi kukus/stim. Resepi ni sy ambil dari dapur Kak Nor Secubit Garam lama dulu semasa jadi silent follower dia. Sy minta izin ye Kak Nor nak kongsi pula di sini...minta dihalalkan resepi yea.. :-) 
Kat bawah ni sy copypaste terus resepi dari dapur Kak Nor. Yang caler pepel tu sy olah skit..

SIAKAP STIM 3 RASA
Resipi asal : Norzailina Nordin
Sumber: Kak Nor @ Secubit Garam 
Olahan: DLB

Bahan:-
1 ekor ikan siakap - dalam 600 gm
100 ml air - boleh tambahkan air kalau nk kuah lebih
2 camb minyak - untuk menumis
garam secukupnya

Bahan Cincang Halus:-
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia muda
2 biji cili merah

Bahan Dihiris Halus:-
1/2 kuntum bunga kantan
2 helai daun limau purut
4 - 5 biji cili padi
1 btg serai ~ dihiris (ni k.nor tambah) - sy folo k.nor

Bahan-Bahan Sos:-
2 camb cili kisar - sy guna 4 camb
1 camb sos tomato - sy guna tomato ceri yg dibelah 2 dalam 10 biji
2 camb sos plum ~ k.nor guna sos ikan - sy guna sos plum
2 camb gula pasir
2 camb sos cili
1 camb sos tiram - sy tambah
1 camb jus limau nipis
1 camt kicap manis

Cara Memasak:-
Sediakan kukusan. Lumurkan ikan dengan garam dan biarkan selama 10 minit.
Letakkan ikan di dalam pinggan yang dilengser dengan sedikit minyak dan air.
Kukus hinga ikan masak.
Sementara itu, dalam kuali lain, panaskan minyak. Tumiskan bahan2 cincang selama 1 minit.
Masukkan bahan-bahan sos dan kacau rata.
Bila mendidih, masukkan bahan-bahan hiris, air kukusan ikan dan garam.
Masak hinga kuah pekat sedikit dan tuangkan ke atas ikan tadi.
Makanlah bersama nasi putih dan ulam-ulaman.

Selamat mencuba & berjumpa lagi di lain entri lebam.. :)

03/05/2013

Pais Ikan Tenggiri

Assalamualaikum..
Niat di hati nak kongsikan resepi ni time lunch tadi..tapi memandangkan ada report yg menunggu tuk disiapkan terpaksa tunda ke petang. Dah tu petang pulak ada benda urgent lain nak setel..adesss..sudahnya niat tu berkubur camtu aja. Balik rumah paham2 je la melayan karenah anak2 & suami..jadi ralit pulak..hehe. Memang benar bagai dikata..kita hanya mampu merancang, Allah swt jua yg menentukan.
Berbalik pada menu lebam yg dah jadi baja organik nih..hehe..tak ingat bila buat..mmg dah lama pun..asyik peram je dlm new post tapi postnya idak pun..hehe. Time google cari resepi ikan sbb family mmg suka mkn ikan..sy bertemu jodoh dengan satu resepi yg simple yet healthy ni dalam blog abe Che Mat Gebu kita yg femes ames itew..mmg tergoda teruihhh tgk menu dia..haaa..tudiaaa.. ;-)
Dalam banyak2 resepi pais ikan yg abe Che Mat ketengahkan..sy berminat nak cuba resepi Pais Ikan Pari. Cuma sy edjas skit guna ikan tenggiri. Namun kombinasi tekstur ikan yg lembut, dibakar bersama perapan bahan tumbuk & daun2..bila makan rasa meletop-letop..ewahhh!! 
Pada yg ingin cuba resepi yg sama sy copypaste terus original resepinya kat sini yea...yg tulisan caler pepel tu sy olah guna bahan yg sy ada, yg lain2 sy folo sejibik.. :)

Resepi: Che Mat Gebu
Nama Asal Resepi: Pais Ikan Pari
Olahan: DLB


BAHAN-BAHANNYA :-)
5 -6 kepingan ikan pari, cuci bersih dan ketepikan - sy guna ikan tenggiri
1 genggam daun selasih (optional) - sy guna daun kesum
2 helai daun kunyit
Garam dan gula secukup rasa
2 biji limau kasturi, perah jusnya
2 camca besar santan pekat
2 camca besar penuh cili kisar
Daun pisang secukupnya - sy guna aluminium foil/kertas timah 

BAHAN TUMBUK HALUS :-)
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 batang serai (mat guna 2)
1 inci kunyit hidup
Secubit belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan bahan2 tumbuk halus dengan santan, cili kisar, jus limau kasturi dan perasankan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Kacau rata. Masukkan ikan pari tadi dan gaul rata2. Perap sekejap dalam 15 minit.
  2. Sementara itu sediakan daun pisang, kalau susah lipat, salai sekejap atas api biar lembut. Guna 2 helai daun pisang untuk membungkus. Alas dengan sehelai daun kunyit. Kemudian letak 3 kepingan ikan pari yang diperap tadi, letak juga rempah2nya. Tabur sedikit daun selasih, kemudian bungkus elok2 dan semat dengan pencungkil gigi. Buat kaedah sama untuk baki bahan2 tadi.
  3. Kemudian panggang hingga masak, kurang lebih 25 minit. Hidangkan panas bersama nasi atau boleh makan macam tu sahaja. Kalau tak cukup masam, perah lagi jus limau kasturi.
CATATAN MAT GEBU :- Bahan2 tumbuk hiris halus dulu sebelum ditumbuk, tujuan untuk memudahkan kerja atau anda boleh kisar halus, tapi bila kisar, ia akan jadi berair (kecuali anda guna pengisar kering). Untuk itu tambah 1/2 camca teh tepung jagung ke dalam rempah tadi, dengan ini masa anda panggang ia akan lebih melekat pada ikan tadi....Selamat mencuba!!... (^__*)

17/04/2013

Siakap Stim Sos Char Kuey Teow

Assalamualaikum & salam mesra semua..

Entri lebam kedua pagi ni sy nak kongsi resepi yg sy create sendiri sebab nak habiskan sos char kuey teow yg tinggal tak sampai 1 cawan pun. Ok laaa..asyik menggoreng je sy terfikir nak gunakan ia tuk digandingkan dengan ikan stim. Selalu bila buat ikan stim simple2 gini sy jarang nak letak sos yg macam2 kecuali sos tiram sebab pada sy air ikan yg keluar semasa proses stim tu pun dah cukup tuk dijadikan kuah...ditambah pula dengan perahan limau kasturi, hirisan halia & cili api pun dah sedap kan? 

hmm..lain orang lain seleranya. Kadang2 boring juga asyik stim ikan cara yg sama sebab nak sesuaikan dengan semua anak tekak yg akan menjamah.. hehe..ye la kang masak yg pelik2 kita sorang je nak abiskan..camno tu.. ;-)

ah...dah melalut pula sy menaip ni...meh kita tengok camne sy buat menu simple ni...jom!


Selepas ikan dibersihkan, sy lumur body ikan dengan sedikit garam & perahan jus limau kasturi. Dah tu sy masukkan potongan celeri & hirisan halia dalam perut ikan.Sementara tu panaskan air kukusan ya...


dalam bekas yg sama sy tuang sos CKT & sos tiram atas ikan sambil lumurkan rata2 di kedua belah body ikang tu...dah siap tu sy juz taburkan hirisan bawang putih, cendawan, cili api dan serbuk pati ikan bilis atas ikan cam foto kat bawah ni..dah tu apa lagi..jom kukus!

Sy guna api kuat semasa proses mengukus ikan dengan air kukusan yg secukupnya. Sy ada pernah terbaca dalam satu majalah ni..bila kita kukus ikan tak boleh lebih dari 20 minit sebab kalau lebih dari tu khasiat ikan dah hilang. So masa terbaik untuk mengukus ialah 15 minit dan inilah yg selalu sy praktiskan sejak mula2 belajar stim ikan sendiri..sampailah  sekarang..hehe.. alhamdulillah isi ikan masak elok & nyum2...



haa...ini view ikan yg dah siap distim & sedia untuk dinikmati...pada yg ingin mencuba menu simple & berkhasiat ni resepi ada di bawah.. :-)



BAHAN
1 ekor ikan siakap
5 ulas bawang putih - dihiris

1 batang celeri - dipotong
2 inci halia - dihiris
6-8 biji cili api - dibelah dua
1 mangkuk kecil cendawan putih
1/2 cawan lebih sos char koay teow
2 sudu besar sos tiram
1 biji limau kasturi - ambil airnya saja
Garam & serbuk pati ikan bilis secukupnya

CARA
Bersihkan ikan dan kelar2 badan ikan
Panaskan periuk kukusan
Lumur ikan dengan garam dan perah air limau kasturi
Masukkan potongan celeri & hirisan halia dalam perut ikan
Tuang sos CKT & sos tiram atas ikan sambil lumurkan rata2 di kedua belah
Tabur hirisan bawang putih, cendawan, cili api dan serbuk pati ikan bilis atas ikan tadi
Kukus/stim ikan selama 15 minit
Tutup api & hidangkan bersama nasi panas

29/12/2012

Ikan Siakap Goreng Nyonya Style [1]

Assalamualaikum...
Ikan siakap lagi? hehe..yea..ikan peberet saya..kali ni buat nyonya style pula..
Hari tu tercari-cari menu camni guna pakcik google..memang terlalu banyak versi yang keluar dan kebanyakkannya masak cara stim.
Last2 saya jumpa satu resepi yang sangat simple dalam Kuali.com. 


Ada kawan saya cakap resepi ni simple sangat & tak begitu "nyonya" style..hehe. Nama pun eksperimen kan..so saya akan cuba olahan resepi yg lain pula lepas ni..nampak ada saya letak angka [1] atas tu..maknanya akan ada lagi yg ke-2, 3.. :) 
Ekceli..saya ada simpan a few resepi "nyonya style" ni...dari kawan2 blog pun ada...in sya Allah mesti akan cuba nex year..(iskk..berapa ari ja lagi kan?!) 


Okay, kat sini saya copy-paste terus resepi yang saya guna untuk pada yang nak cuba..

Sumber : Kuali.com
By : Amy Beh

INGREDIENTS
700gram Siakap or garoupa fish@600gram
Enough oil for deep-frying

SAUCE
5 tbsp lime juice
4 fresh red chilies
4 birds eye chilies (cili padi) - [boleh tambah jika nak lagi pedas]
2 tbsp sweet plum sauce
1 tbsp chilli sauce
1/2 tbsp belacan stock granules

SEASONING
4 tbsp castor sugar [sy kurangkan]
Pinch of monosodium glutamate [sy tak guna]
1/2 tsp salt or to taste

GARNISHING
Finely sliced kaffir lime leaves

METHOD
Finely sliced kaffir lime leaves.
Clean and gut the fish. 
Make four to five deep cuts along both sides of the fish. 
Sprinkle lightly with salt and pepper and a little tapioca flour.
Heat enough oil in a wok until hot. 
Add in fish and deep-fry over a high heat for one to two minutes.
Lower the heat to medium and fry fish in the hot oil until it turns crispy and golden brown. 
Remove from oil and drain on crumpled kitchen paper.
Whisk all the sauce ingredients in a blender until fine and well combined. 
Heat 3 tbsp oil in a wok and sauté the blended ingredients over a low heat until fragrant and oil rises to the top. 
Add seasoning to taste and simmer for three to four minutes.
Pour the sauce over the fried fish and serve immediately with a sprinkling of finely sliced kaffir lime leaves.

22/12/2012

Ikan Siakap Bakar

Assalamualaikum...
Ada seorang teman selalu mengadu susah nak dapat menu ikan yang rasanya "fresh" kalau nak makan lunch di KL..saya tak pasti dia merujuk pada kedai atau tempat mana atau mungkin alasan dia untuk tidak makan ikan. Tapi bila dia balik kampung atau outstation di luar KL menu ikan memang menjadi pilihan dia tak kisahlah sama ada di bakar cicah air asam, masak stim, masak 3 rasa dan etc2...

Bukan saja di KL, rasanya di Penang (Butterworth to be exact) ni pun kadang2 susah nak dapatkan ikan yang betul2 fresh. Kalau beli kat pasar pun kena pilih betul2 kat gerai2 tertentu saja..tambah2 lagi musim2 ujan camni. Difahamkan oleh seorang kawan stok ikan yg dijual di pasar di utara kebanyakkannya didatangkan dari Thailand, dibekukan dan dijual..isi yg fresh boleh bertahan 2 minggu camtu ja. Dia juga ada syorkan beberapa tempat tuk dapatkan ikan fresh namun semuanya agak jauh dari rumah..so no choice kena jadi pembeli yang bijak dengan kemudahan yg sedia ada la jawabnya.. :)


Saya & famili suka makan ikan siakap kerana isinya yg putih bersih & manis tu sesuai dimasak walau dengan apa cara sekalipun. Kali ni saya pilih untuk bakar aja.


RESEPI

Sumber : Buku Resepi Pilihan Lauk Pauk Mingguan Perdana


Bahan:

1 ekor ikan siakap
Daun pisang
3 helai daun kunyit
Kertas timah (aluminium foil)

Bahan Kisar:
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
5 batang serai
3 tangkai cili merah
10 biji cili api
5 biji buah keras
1 1/2 inci kunyit hidup
3 sudu makan minyak masak
Air limau nipis
Garam & perasa secukupnya

CARA
Campurkan minyak bersama bahan kisar & kisar lumat.
Campurkan pula air limau, garam & perasa dengan bahan yang telah dikisar tadi.
Campuran bahan kisar ini kemudiannya digaulkan pada ikan siakap.
Lapikkan daun pisang di atas kertas timah kemudian lapikkan pula daun kunyit di atas daun pisang.
Letakkan ikan yang telah dilumur dengan bahan kisar di atasnya. Bungkus kemas dan bakar sehingga masak.

09/12/2012

Bawal Percik simple . . .

Assalamualaikum..
Macam biasa..kalau dapat ikan (kecuali saiz besarrr punya) saya akan terus penggalkan kepalanya..watchaaa..hehe..sebab memang agak kurang makan kepala ikan. Plus..nak mudahkan siang ikan..lalala..(alasan!). Selalunya ikan bawal ni sedap dimasak cara kari..letak tomato..bendi..masak style kari mamak tanpa santan, letak pula bunga kantan...mmm..sedap!


Tapi serius..kat rumah ni memang jarang berlaku adegan makan kepala ikan..tolonglah percaya!

Okeh..berbalik pada citer ikan bawal..dah tak tau nak masak apa guna ikan bawal yang dibeli..tiba2 teringat nak bakar & makan style percik. Menggodek bahan yang sedia ada dan mulakan eksperimen tuntas ikan bawal percik.

Ikan yang siap dibersihkan, dipanggang setelah digaul dengan sedikit garam & serbuk kunyit.
Balikkan kedua belah body ikan hingga masak.
dah siap tuangkan kuah percik di atas ikan...sedia dinikmati dengan nasi panas...

RESEPI

Ikan :
Ikan bawal - sy guna saiz sederhana dalam 4 ekor
Garam & serbuk kunyit
3 sudu besar madu
1 sudu besar minyak
1 batang serai

Gaulkan garam & serbuk kunyit pada ikan.
Satukan madu & minyak, ketuk hujung serai untuk percik.
Bakar ikan sambil percikkan bersama campuran madu tadi menggunakan serai.
Balik-balikkan hingga ikan masak.

Bahan Kuah Percik
10 tangkai cili kering *
4 ulas bawang putih *
2 batang serai *
2 inci halia *
2 cawan santan pekat
1 sudu besar kerisik
1 sudu teh halba
1 sudu teh gula
1/2 cawan air asam jawa
Garam secukup rasa

Kisar bahan *, tumis, masak semua bahan sehingga pecah minyak dan pekat.

Hidangkan bersama ikan bawal bakar tadi.

08/11/2012

Ikan Siakap Kukus Bersos Mangga

Assalamualaikum..
Rasa terliur pula tengok mempelam yang caler kekuningan kat pasar (minggu lepas)..anak tekak dah dapat agak rasa masam-masam manis isi buahnya..mmm..sedap!! Itu kalau dimakan begitu saja. Kalau dimasak dengan ikan cara kukus mungkin lebih sedap agaknya..teringat plak satu menu ni bila baca dalam majalah Rapi tempoh hari. Terus je ambik 2 biji mempelam kuning saiz agak besar..satu nak ratah-ratah je and satu biji lagi boleh la eksperimen ikan kukus sos mangga. Ternyata resepi simple tu tidak mengecewakan dan hasilnya...mmm...sluurppp!
 ini dia..ikan siakap bersos mangga yang sedang baekk punya posing setelah dikukus.. :)
 ni antara bahan tuk sos mangga...
ini la rupanya sos mangga yang dah siap dimasak..tunggu tuk dicurahkan atas ikan dan boleh dikukus..lalala

RESEPI
1 ekor ikan siakap (anggaran 600gram)
1 biji bawang besar - hiris
4 ulas bawang putih - kisar
1 inci halia, 5 biji cili api - kisar
4 biji cili merah - kisar
2 sudu makan gula perang
1 sudu makan minyak
2 biji limau nipis - diperah jus
1 biji mangga - hiris (saiz besar yg masak)
1 sudu teh garam

CARA
Bersihkan ikan, keringkan dan letakkan dalam pinggan yang sesuai

Untuk Sos :
Tumis bawang putih, bawang merah dan halia hingga kekuningan.
Masukkan cili padi dan cili merah yang telah dikisar.
Kacau sebati. Bila naik bau, masukkan gula perang dan mangga.
Biarkan ia masak dalam api sederhana.
Akhir sekali masukkan jus limau nipis dan garam secukup rasa.

Tuang sos yang telah disediakan pada ikan, kukus selama 10-15 minit.

# Info Kesihatan: Setiap 100gram mangga muda yang belum matang terkandung air lebih 84%, vitamin C 65mg dan 65 kalori. Ia juga mengandungi sumber beta karoten & kalsium.

05/11/2012

Kembung Masak Lemak Cili Api

Assalamualaikum...
mmm...inilah menu ala kampung all time peberet saya! Ikan kembung masak lemak cili api letak sedikit buah belimbing...nyum3...
 Walaupun rupanya tidaklah secantik mana, tapi menu simple ni memang boleh membuatkan  pinggan bertambah nasi..hehe. Saya suka menggunakan ikan kembung saja untuk hasilkan menu ni sebab isi ikan kembung memiliki rasa manis asli dan teksturnya mudah masak. Cuma kebiasaan saya kalau siang ikan gini saya lebih suka penggalkan (buang) kepala ikan..lagipun tak elok selalu makan kepala ikan kan..hehe..

Ikan kembung ni kaya dengan lemak Omega-3 melebihi ikan Salmon yang mewah tu...iye...itulah yang kita tak tahu sebenarnya. Kandungan lemak dalam ikan kembung sangat diperlukan oleh tubuh manusia dan isinya mudah dicerna oleh sistem penghadaman. Harganya juga tidak mahal berbanding ikan Salmon tapi memiliki khasiat lebih dari itu.. :)

 RESEPI
5-6 ekor ikan kembung
1 cawan santan pekat
1 cawan santan cair

Bahan tumbuk kasar:
10 biji cili api
1 biji cili merah
4 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
2 inci kunyit hidup

2 batang serai- diketuk
1 keping asam jawa
2 helai daun kunyit
Beberapa biji belimbing besi - dibelah sedikit
1 kiub pati ikan bilis
Garam secukup rasa

CARA
Masukkan bahan tumbuk, serai dan santan cair dalam periuk.
Renehkan dengan api perlahan.
Masukkan ikan, belimbing besi, asam keping, kiub pati ikan bilis, daun kunyit.
Renehkan sebentar & masukkan santan pekat.
Kacau2 selalu jangan sampai pecah minyak.
Rasakan garam & bila santan masak terus tutup api.


30/06/2012

Ikan Siakap Kukus Epal

Assalamualaikum...
Resepi ikan kukus epal ni saya ambik dari dapur Nieza yang asalnya Nieza pula ceduk dari dapur Kak Noor ..hehe..apa2 pun credit pada kedua sifu masak ni..memang terbaek! :) 
Alhamdulillah resepi yang mudah ni pastinya sedap dan menepati selera saya sekeluarga... 
Ikan kukus ni rasanya agak plain dan tidak pedas...oleh itu memang sangat sesuailah isinya dicicah bersama sambal kicap yang ada campuran bawang goreng di dalamnya..idea yang bijak saya rasa sebab bila makan kita masih boleh rasa rangup bawang goreng tu..kena pula dengan rangup epal hijau masam dan pedas cili dicicah bersama daging ikan yang asli manis memang satu gandingan yang memikat anak tekak.. :)
Macam biasa..di sini saya ada copypaste info mengenai khasiat epal hijau...sekadar panduan bersama.. :)

Mengunyah sebiji epal atau meminum jusnya setiap hari sudah cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan.
Kajian menunjukkan epal mengandungi elemen kesihatan phytonutrient yang boleh melambatkan pengoksidan kolesterol yang tidak baik.
Berikut ialah kelebihan dan khasiat epal hijau yang perlu kita ketahui:
1. Membantu mencegah pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
2. Mengurangkan risiko penyakit jantung.
3. Membantu kesihatan membran paru-paru.
4. Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
5. Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
6. Membantu mengekalkan berat badan.
7. Mengurangkan tekanan penyakit asma.
8. Mengurangkan risiko barah.
9. Adalah digalakkan untuk memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.
10. Untuk mereka yang mempunyai masalah sembelit atau sistem penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan minum setiap pagi sebelum sarapan. Amalan ini dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau sememangnya merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.
11. Untuk kesegaran kulit wajah pula, potong epal hijau dan rendamkan seketika dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan hirisan epal hijau tersebut di atas muka dan biarkan selama 15 minit. Pasti anda dapat rasakan kesegarannya dan jika diamalkan selalu boleh melicinkan kulit muka.

Sebenarnya ada banyak lagi khasiat epal hijau..mungkin di lain entri saya akan cuba tulis sebagai info bersama..insyaAllah.. :)

ok..ini resepinya..

BAHAN 
1 ekor ikan siakap atau ikan apa saja lah kegemaran masing2 
2 batang serai dihiris
4 ulas bawang putih dicincang
1 inci halia dihiris kecil
2 sudu sos tiram
3 biji tomato dihiris dadu
1 biji apple hijau dihiris memanjang
1 batang carrot diparut (saya ikut Nieza)
minyak bijan untuk menumis
sedikit serbuk lada hitam
garam dan gula sedikit
tomato ceri (saya tambah untuk hiasan)

Bahan untuk sambal kicap

10 @ lebih cili padi
2 ulas bawang putih
Kicap manis secukupnya
Sedikit bawang goreng

CARA
Perap ikan dengan 1 sudu sos tiram selama 10 minit
Sediakan periuk kukusan
Kukus ikan sehingga masak dan ketepikan
Simpan air yang keluar hasil dari kukusan ikan tadi
Panaskan sedikit minyak bijan dan tumis serai, bawang putih dan halia hingga wangi Masukkan sos tiram 1 sudu dan air ikan tadi
Boleh tambah air jika nak berkuah
Masukkan juga tomato yang didadu dan serbuk lada hitam, garam dan gula
Kacau dan renehkan sebentar
Bila kuah dah masak terus siram atas ikan dan taburkan apple hijau (ini cara saya)

(jika ikut cara Nieza dia masukkan ikan yang dikukus tadi, golek2 je sebab ikan tu dah masak cuma nak sebatikan je)

Cara Buat Sambal Kicap
Blend kasar semua bahan2 pastu taburkan bawang goreng 
(saya ramas2kan bawang dan masukkan ke sambal tu)
Sedap cicah dengan ikan kukus

13/05/2012

Asam Pedas Kepala Ikan Siakap

Assalamualaikum...
 Kepala ikan siakap yang dah seminggu terperap dalam esbok...isi2 yang lain dah setel. Dok asyik menunda ja nak masak apa...last2 menu asam pedas ni juga nak terhasil...hehe. Asalnya nak goreng ja buat sweet sour ke apa...tapi dah agak lama tak buat asam pedas guna kepala ikan...nah amik ko! Saya buat kuah asam pedas ni sedikit pekat...kenalah dengan pedasss & masam...pecah peluh menghirup kuah...slurrppp!
Nampak foto and sound macam sedap sangat kan! ahaha...tapi tak leh lawan asam pedas mak. Walaupun kuahnya cair, tapi rasa pedas, cukup masam, manis nenas yang mak masukkan sekali dalam asam pedasnya memang terbaekkk! waaaa...rindu asam pedas mak! Oklah...tak nak pot-pet lagi..meh kita view resepi asam pedas versi pekat saya ni...layannn... :)

RESEPI

- Bahan Kisar Halus -
10 batang cili kering - direndam & dibuang biji
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 batang serai
1 cm @ sedikit lengkuas
2 cm belacan madu
Segenggam daun kesum

- Bahan Kuah -
Kepala ikan siakap - dibersihkan
3 cawan air (boleh tambah jika ingin cair)
1 sudu besar serbuk lada hitam @ 1 sudu kecil lada hitam biji yang dihancurkan
3 keping asam jawa
1 pokok daun kesum
1 batang timun @ Nenas (jika guna nenas dibuang mata & ambil isinya saja)
1 kuntum bunga kantan - dihiris
1 sudu besar serbuk pati ayam Maggi
Garam secukup rasa

CARA
Panaskan periuk dengan satu sudu besar minyak.
Tumiskan bahan kisar hingga naik bau, sedikit garing dan pekat.
Masukkan air dan asam keping.
Biar kuah hingga mendidih.
Masukkan ikan, serbuk lada hitam, bunga kantan dan daun kesum.
Biar kuah mendidih perlahan hingga ikan masak.
Masukkan timun @ nenas. Biar kuah mereneh.
Rasakan kuah dengan serbuk pati ayam Maggi dan garam.
Tutup api & siap untuk dihidangkan.



28/04/2012

Braised Fish in Turmeric & Lemongrass Gravy

Assalamualaikum...
Wah..resepi dengan nama omputeh..hehe..iya laa..sebab ini memang nama sebenar resepi original yang saya dapat dari buku resepi "Nyonya Seafood" (with chinese & english subtitle) yang saya ambik dari meja bos! Ambik kejap, photocopy a few recipe then put back on her table. Macam mission Kim Possible lak...hehe..hmm..was wondering bila masa my lady boss minat masak?! Okay..biarkan saja. Yang pastinya menu ni soooo G double OO D!!! Cara masaknya pun lain sikit dan bahan2 yang digunakan simple...macam biasa...saya prefer menu yang simple yet tasty.. :)
Pertama kali baca resepi ni hati dah terpaut walaupun saya tak gemar masukkan kunyit dalam masakan kerana tak suka pada kuatnya warna yang terhasil. Tambahan pula kena masukkan serbuk kunyit yang kita semua tahu ia tidak baik untuk kesihatan. Oleh kerana ingin sesuaikan dengan kehendak resepi cuma saya kurangkan sukatan serbuk kunyit. Pun begitu...warnanya tetap menyerlah...hehe...lihatlah foto2 yang terhasil...the fish looks tempting & gorgeous in yellow gravy!
INFO
Tanaman kunyit berupa semak dan bersifat tahunan (perenial) yang tersebar di seluruh daerah tropika. Di kampung2 tanaman ini banyak tumbuh dipekarangan rumah. Kunyit juga banyak dimanfaatkan sebagai bahan utama dalam industri jamu dan kosmetik.

Beberapa kajian yang telah dibuat menunjukkan kunyit boleh membantu proses penghadaman dan mengurangkan 'gas' atau angin dalam perut. Kunyit yang disapukan dengan minyak jika disapu akan membantu menghaluskan kulit. Kunyit juga boleh digunakan sebagai tonik bila dicampurkan dengan manisan dan minyak bijan. Juga boleh membantu masaalah datang haid bulanan dan juga membantu meningkatkan pengeluaran sel darah merah dan elok digunakan dalam keadaan anemia atau kekurangan darah merah. Kunyit yang dicampurkan air boleh digunakan untuk merawat gatal gatal, kudis, sakit sakit lutut, sendi dan ruam.


Kunyit amat sesuai ditanam disekeliling rumah dan jika rajin boleh digunakan sebagai sumber pendapatan sampingan. Di Malaysia, kunyit yang digunakan banyak diimport dari negara luar. Pengeluar terbesar kunyit di dunia adalah China, India dan Indonesia. Sebagai peringatan jangan guna kunyit serbuk, kerana ini mungkin telah dicampur dengan pewarna kuning yang diberi nama TETRAZINE yang boleh menyebabkan alahan. Gunakan kunyit hidup. Gunakan 1 inci atau 3cm kunyit dalam segelas air masak. Boleh diamalkan untuk menjaga kesihatan kita.



RESEPI
(saya translate ke BM)

1 kg isi ikan kerapu (saya guna 6 ketul isi ikan tenggiri)
- dipotong 2cm tebal, lumurkan dengan garam, goreng garing, tos & ketepikan.

Bahan A (rebus air, celur selama 2 minit, toskan)
2 helai daun kunyit
2 cawan air

Bahan B (dicincang halus)
4 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
4cm halia muda
3 batang serai
2 biji cili merah (dibuang biji terlebih dahulu)
4 biji cili api (saya tambah)
1 1/2 sudu besar serbuk kunyit (saya kurangkan 1 sudu kecil) 

Bahan C
150 ml santan pekat (saya gunakan 1/2 kotak santan M&S)
Garam & gula secukup rasa
3/4 sudu besar (2 biji) air perahan limau kasturi 

CARA
Goreng ikan dan ketepikan sebentar.
Panaskan 1 sudu besar minyak, tumis Bahan B hingga wangi. 
Masukkan serbuk kunyit dan kacau.
Masukkan sedikit air rebusan daun kunyit dan daun kunyit tadi, didihkan sebentar.
Masukkan ikan yang telah digoreng tadi dan Bahan C.
Kacau dan biar semua bahan bersalut.
Akhir sekali, perah air limau kasturi & tutup api.
Siap untuk dihidangkan.









23/04/2012

Siakap Masam Manis

Assalamualaikum...
Seperti yang kita semua tahu isi ikan siakap yang segar mempunyai tekstur lembut, rasa original yang manis dan enak dimasak dengan cara apa saja sama ada ia dikukus, stim atau digoreng. Okay...kali ni saya guna seekor ikan siakap sederhana besar untuk buat masak masam manis. Bahan2 asas macam biasa cuma kali ni saya tambah sedikit aroma iaitu saya gunakan daun limau purut.  
Inilah bahan2 utama yang saya gunakan. Saya tak masukkan nenas tapi gantikan dengan carrot untuk rasa manis semulajadi. Rasa masamnya saya gantikan dengan tomato segar dan sedikit perahan limau kasturi.
Kepada yang ingin cuba ini resepi lengkapnya... :)

RESEPI
1 ekor ikan siakap sederhana besar
1/2 labu bawang besar - dihiris
3 ulas bawang putih - dihiris
2 inci halia - dihiris
1 batang serai - dihiris nipis
1 batang cili merah - dihiris serong
5/6 biji cili api - dihiris kecil2
4 helai daun limau purut - dihiris kasar
1 biji tomato segar - dipotong dadu
1 batang carrot (saiz kecil) - dipotong2
1/2 batang timun - dipotong2
1 biji limau kasturi - diambil airnya
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos plum
Gula & garam secukup rasa
Sedikit air

CARA
Panaskan minyak, goreng ikan siakap yg telah dilumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Goreng garing, tos dan letak dalam pinggan.
Kurangkan minyak daripada gorengan ikan tadi. 
Tumis bawang besar, bawang putih, halia dan serai hingga naik bau.
Masukkan cili api, sos tiram, sos cili, sos plum dan sedikit air. Didihkan sebentar.
Masukkan daun limau purut, tomato, carrot dan timun.
Masak kuah sehingga sedikit pekat.
Rasakan gula dan garam. Masukkan perahan air limau kasturi dan tutup api.
Curah kuah ini di atas ikan yang diletakkan dalam pinggan tadi.
Dan siap untuk dinikmati... :)

07/04/2012

Kembung 3 Rasa

Assalamualaikum...
Ada la satu hari ni dah tak tau nak masak apa kan...biasala dah hari2 masak kekadang idea pun terbantut...dalam peti besi ada lagi ikan kembung ni...nak masak asam pedas dah biasa sangat...last2 terfikir nak buat cara 3 rasa...mmm...bahan2 semua dah ada...so plan berjalan seperti yang tak dirancang... :)
Macam biasa kepala ikan memang dah awal2 lagi kena cantas...lagipun tak elok makan kepala ikan...nanti cepat lupa a.k.a nyanyuk! hehe...rasanya lebih mudah siang ikan cantas kepala ni...senang pula nak dibersihkan...cepat & tuntas. Saya gunakan ikan kembung yang sederhana besar...badannya dikelar-kelar dan digoreng garing terlebih dahulu. Bahan2 tumisan diracik halus dan saya juga gunakan daun limau purut sebagai pelengkap rasa.
Bagi suri rumah, daun limau purut menjadi pilihan sebagai ramuan atau perisa makanan untuk memasak lauk tomyam, asam pedas , kerabu , laksa dan lain-lain lagi. Selain digunakan sebagai salah satu bahan dalam masakan ada banyak lagi kegunaannya yang kita tak tahu. Daunnya direndam dalam air dan boleh digunakan untuk mencuci rambut. Menurut tradisi, buahnya dipotong kepada beberapa bahagian kecil, dikeringkan dan ditumbuk hingga menjadi serbuk, digunakan untuk melicinkan kulit. 


Buahnya selalu dijadikan bahan penting dalam upacara mandi bunga dan mandi wap yang menjanjikan kesegarannya. Buah limau purut mengikut kepercayaan ia mempunyai aura yang tersendiri untuk menyegarkan badan kita, badan berasa ringan apabila kita mandi dengan buah limau purut. Masih ramai lagi yang mengamalkan mandian limau purut ni.



Ada cara nak petik buah limau purut, ni cara orang tua-tua la, kita ikut saja la kan, ( mula2 kita bismillah pastu kasi salam ( mengikut orang tua-tua setiap pokok ada penjaganya )dan selawat 3 kali sebelum memetik buahnya sambil berniat dalam hati kita akan buat mandi- amalan ni kebiasannya orang tua-tua pesan bila kita nak petik buah- buahan atau daun untuk dijadikan ubat ubatan dan masakan ). Pastu cam biasa potong-potong ambil buah limau tu gosoklah pada seluruh badan kita. :)

RESEPI
4 ekor ikan kembung - dibersihkan, dikelar-kelar & digoreng garing, ketepikan
4 sudu besar cili kering yg dikisar
2 inci halia - dihiris halus
4 ulas bawang putih - dihiris nipis
5 ulas bawang merah - dihiris nipis
1 biji tomato segar - dipotong dadu
2 sudu besar sos cili
5-6 biji cili api
1 batang serai - dipotong nipis
1 sudu kecil serbuk pati ayam Maggi
4 helai daun limau purut - dihiris halus
1 biji limau kasturi - diambil jusnya
Garam
Sedikit air

CARA
Panaskan minyak. Tumis bawang merah, bawang putih & halia.
Masukkan cili kering yang dikisar & goreng hingga pecah minyak.
Masukkan sedikit air, cili api, sos cili, serai dan renehkan sebentar.
Masukkan tomato dan serbuk pati ayam Maggi bersama daun limau purut. Goreng sebentar.
Selepas itu, masukkan ikan kembung yang telah siap digoreng tadi.
Perah @ masukkan jus limau kasturi dan garam.
Gaul mesra dan tutup api. Siap.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...