~ gedebuk..gedebak ~

18/05/2013

Pai Ubi Kentang

Assalamualaikum..
Salam hujung minggu..mesti waktu sekarang ni semua tengah lepak2 dengan famili sama ada tengah makan2..tengok tv & gebang2 kan? Sy rasa minggu ni pun dah start musim kenduri kendara..maklumlah cuti sekolah tinggal seminggu ja lagi. Sy pun ada jemputan kenduri kawin dari kawan encik suami minggu depan..nampaknya gantung periuk la nanti..hehe

Oklah...berbalik pada menu lebam yg sy nak share arini...macam yg kita tahu, ada banyak versi orang buat pai ubi kentang. Resepi yg sy ambik dari Majalah Mingguan Wanita ni sy dah modified sikit ikut citarasa sendiri. Pada yang suka makan ubi kentang, boleh jadikan menu sihat ni sebagai hidangan sarapan atau makan malam.
Walaupun olahan yg sy buat ni kejadiannya sedikit lembik & moist di bahagian dalam tapi bila makan tu ia jadi mudah & cair dalam mulut.. ;-) 
Sumber Resepi: Majalah Mingguan Wanita
Olahan Resepi: DLB


BAHAN A:
6 biji ubi kentang - saiz sederhana besar
Lada hitam & garam secukupnya
2 sudu besar majerin
Susu segar secukupnya (sy gunakan susu Dutch Lady Full Cream)
Air untuk merebus ubi

BAHAN B:
2 sudu besar minyak zaitun (minyak biasa pun ok)
1 labu bawang besar - potong dadu @ cincang
4 ulas bawang putih - dicincang
1 mangkuk kecil isi ayam - dicincang
1 mangkuk kecil sayur campur (frozen)
1 mangkuk kecil cendawan butang
1 sudu besar penuh rempah rendang Adabi 
(boleh guna rempah kari daging biasa)
1/2 sudu kecil herbs tyme, rosemary, aregano
2 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan 1/2 cawan air
Garam, lada hitam, serbuk pati ayam secukupnya

BAHAN C: [Optional] - jika suka
Sos carbonara mushroom

CARA
Rebus ubi kentang hingga lembut. Toskan air. Tabur garam & lada hitam secukupnya. Lenyek hingga hancur. Masukkan susu agak2 dalam setengah cawan atau sehingga kentang lembut semasa digaul, masukkan majerin, gaul sebati & ketepikan.

Panaskan minyak, tumis bawang besar hingga layu, masukkan bawang putih.
Masukkan ayam, rempah rendang/kari. Kacau sebentar.
Masukkan sayur campur, cendawan butang & bahan herbs.
Rasakan garam, lada hitam & serbuk perasa. Kacau sebati.
Masukkan bancuhan tepung jagung. Kacau2 dan tutup api.

Sediakan mangkuk tahan panas.
Sapu & ratakan sedikit kentang lenyek tadi pada dasar mangkuk.
Tuangkan inti hingga penuh.
Jika suka letakkan sedikit sapuan sos carbonara mushroom.
Akhir sekali letakkan kentang lenyek di atas untuk menutup inti.
Sy paipkan guna noozle untuk dapatkan bentuk bintang seperti gambar.
Bakar dalam oven pada suhu 250'c selama 35 minit.
Sy letak di rak bahagian bawah oven, api atas & bawah.

Setelah masak, sejukkan sebentar. Boleh dimakan panas @ suam2...bersama sos cili atau dimakan begitu saja.

4 comments:

Amie said...

Selamat pagi LB,
rajinnya dia paipkan kentang tu... nampak kreatif & cantik!

Bbwana adienia said...

salam..

nampak best ja pai ubi kentang tu..

Phong Hong said...

Wow! I suka lah pai ubi kentang! Nak cuba very soon :)

Lesung Batu said...

Selamat petang Amie! hehe..itu mood terlebih rajen..macihh :))

BBwana: w'salam..versi modified camtu la..hehe

PH: same here! silakan my dear.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...