~ gedebuk..gedebak ~

30/05/2013

Murtabak Biskut Crackers

Assalamualaikum & salam mesra...
Terima kasih pada yg masih sudi jenguk di dangau sy ni...terima kasih kepada sahabat alam maya yg tinggalkan jejak komen...nanti sy reply & BW anda yea...terima kasih pada diri sendiri kerana masih lagi teruja tuk meneruskan perjalanan memasak walaupun masa begitu ketattt, padattt & jelezzz sekali! 

Kalau ikut tu last week nak setel bab ganti posa tapi bendera merah pula naik...so start minggu ni hook or by crook kena buat juga...alhamdulillah tinggal lagi 2 hari. Gedebuk gedebak sat ja masa berlalu kan...dengan penatnya minggu closing tapi sy tetap sy lah..buat cool je laa.. :)

Okeh..nak tayang antara menu berbuka yg sy buat 2 hari lepas. Tapi foto ni ambil sebulan yg lepas! huahuahua...ampunnn...standard la foto lebam, menu yg dibuat ulang2 dah malas dah nak shot2 bagai kannn.. 
Resepi ni sy dapat dari wall fbpage Buku Resepi. Resepinya memang tak lengkap, bahan2 ditulis gitu2 ja. Tapi memandangkan ia menarik so sy buat versi sy lah...modified sini sikit, alter sana sikit, tambah mana patut...maka jadilah versi DLB..hehe..
Menu ni sesuai tuk gantikan nasi sebab sangat mengenyangkan. Best gak makan tuk breakfast, minum petang atau bila2 lapar sebab bahannya pun simple ja. Meh kita baca ramai2 resepi lengkap kat bawah ni yea.. :) 

Sumber Resepi: FBPage Buku Resepi (maaf link lupa nak salin aritu..iskkk)
Olahan: DLB

BAHAN
12 keping biskut cream crackers (anggaran ikut saiz loyang yg anda guna)
5 biji telur
2 sudu besar mayonis
1 cawan besar susu kotak - agak2 untuk rendam biskut (klu tak da susu, blh rendam dlm air kosong saja asalkan biskut jadi lembut)
2 biji cili merah (sy buang bijinya) - dihiris
2 pokok daun bawang - dihiris halus
1 labu bawang besar - dipotong dadu
1 mangkuk sederhana daging cincang (blh juga guna ayam atau udang jika suka)
2 sudu besar rempah rendang Adabi
1/2 ketul kiub ayam Maggi
Garam secukup rasa

CARA
1) Pukul telur bersama sedikit garam & mayonis. Ketepikan.
2) Masukkan daging dalam frying pan & goreng tanpa minyak hingga keluar air daging tu. Masukkan rempah rendang Adabi, kiub ayam & rasakan garam. Biar mereneh sebentar, jadi pekat & tutup api. 
3) Sediakan loyang.
4) Rendam biskut dalam susu hingga agak lembut, tekap air susu biar keluar sedikit airnya & terus susun pada dasar loyang hingga menutupi semuanya.
5) Kemudian tabur daging yg siap dimasak tadi, tabur bawang, daun bawang, cili merah & tuang adunan telur. 
6) Ulang step 4 & 5 hingga habis, ikut la nak berapa lapis tapi lapis paling atas cuma curahkan telur & tabur daging diatasnya.
7) Bakar pada suhu 170'c selama 15-20 minit (ikut kesesuaian oven masing2) 
8) Sejukkan dulu sebelum potong. Sedia dinikmati bersama mayonis @ sos cili ataupun dimakan begitu saja.

Nota Siku: 
# Sy potong masa murtabak masih panas & teksturnya agak lembut so bila makan time pepanas tu akan dapat rasa moist sikit..
# Selain daging, boleh juga gunakan ayam, udang ataupun sardin..sy dah try buat guna semua ni..tapi daging paling mabeles sbb kenalah dengan rempah rendang tu kan..rempah tu kalau nak guna rempah kari daging/ayam biasa pun ok...takda masaelah...kita yg buat dia kan...hehe

Optional : Pada 10 minit terakhir membakar anda juga boleh tabur cheese mozarella di atas daging jika suka

Selamat mencuba! :)

9 comments:

Bbwana adienia said...

salam..

kreatif dan menarik sangat menu ni..

mama sara nur said...

assalam
,murtbak memang sedap, tiap kali pasar malam beli he hee
tp festime tgk murtabak cracker ni
mcm best je ni
satu kelaianan insyaallah nk try
tqq share

Rohah said...

waaa..sedap ni..seimbas pandang macam lasagna..

sudipVSsenduk said...

nampak sungguh moist & 'cool'... biasa saya buat kering je. Thanks for the resepi

Amie said...

Teringin nak buat ni, pernah ternampak dalam blog masakan tapi sampai sekarang belum terbuat lagi... memang nampak sedap sangat!

blu4sky said...

salam DLB,
menarik..menarik.. boleh try untuk minum petang..anak-anak cepat lapo..kekadang sampai takde idea nak masak apa..

Uncle Lee said...

Hi, Wow! This the first time I see murtabak made with biscuits. You are very creative. And it certainly looks delicious.
I think masuk mulut satu spoon boleh lupa nama mak, ha ha.
I think empat keping will do me fine.
Have a nice weekend, simpan satu lagu dalam hati.
Lee.

Uncle Lee said...

Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua rakan saya di Malaysia dan di mana jua anda bearada. Selamat sejahtera kepada anda sekeluarga.
Semadikan satu lagu dalam hati mu dan semoga sentiasa ceria.
Teman mu dari Canada.
Lee.

Qasey Honey said...

wah tgk pd gmbo dh myelerekan..lom lg dpn mata..aduhaiii tliur

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...