~ gedebuk..gedebak ~

17/05/2013

Ketam Nestum

Assalamualaikum & selamat petang semua...
ehemm..ari ni 5 sharp jadi orang terawal scan cabut balik! hehe..lari dari bos sebenarnya...yeay! 5.25 dah sampai rumah..fuhh..sangat awal & sangat best rasanya...lalala...

amat meletihkan minggu ni..tatau nak habaq cam mana dah..apa2 pun tetap bersabarrr kerna "sikap semasa bersabar" itu lebih penting..kan!

 okeh...tak nak tulis emo2 sangat ya...meh kita view menu lebam arini iaitu Ketam Nestum. Sy ambik resepi ni masa tengok satu rancangan tv..tak ingat siaran pe ntah..dah lupa. Chefnya seorang lelaki...Melayu...masa dia masak resepi ni kat tepi laut & menggunakan ketam lembut. Memandangkan tengok resepi dia simple gilerrr...so sy memang thrill nak try. Cuma sy tak gunakan ketam lembut sebab susah nak dapat time nak buat menu ni. Sy guna ketam biasa yg saiz sederhana ja.. ;-)

Rasanya dah lama tak masak guna nestum...dulu2 selalu juga minum nestum 3in1 tu..tapi org kata tak bagus minum minuman 3in1 ni..so sy totally stop. Apa yg best tentang menu simple ni ialah kerangupan ketam & nestum tu sendiri. Gandingan yg ideal dan diserikan dengan haruman bau daun kari..ratah2 pun dah sedap!
Pada yg teringin nak cuba ini resepinya...


BAHAN
3/4 ekor ketam - dibersihkan
1 biji telur - dipukul
Tepung jagung secukupnya
2 sudu besar Majerin/Planta
4 ulas bawang putih - dicincang
2 batang daun kari - ambil daunnya saja
5 biji cili api
1 mangkuk Nestum
2 sudu besar gula
1 biji cili merah - dihiris

CARA
Celup ketam dalam telur yg telah dipukul tadi rata2 & salutkan dengan tepung jagung
Goreng hingga garing, toskan atas kitchen towel & ketepikan sebentar
Panaskan majerin. Tumis bawang putih, daun kari & cili api.
Masukkan gula & garam (kurangkan garam sebab ketam tu dah jadi masin bila digoreng)
Kacau rata & masukkan ketam yg telah digoreng tadi.
Gaul2 rata & masukkan Nestum.
Kacau mesra alam hingga bersalut dengan ketam.
Tutup api & hidangkan bersama nasi panas.

2 comments:

Rohah said...

Nmpak sedap la...boleh try bila2 ni..

Lesung Batu said...

silakan kak Rohah, klu guna ketam lembut lagi sedap!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...