~ gedebuk..gedebak ~

24/01/2013

Sambal Udang Petai

Assalamualaikum & salam manis semua..
Hari ni saya cuti. hehe..agak skema ayat tu kan! Sebenarnya ada hal skit nak disetelkan jap gi. Pagi ni usai aktiviti kemas rmh lepas anak2 ke sekolah, suami ke ofis..mula la ngadap lappy. Terus ja buka blog & start jogging blog2 yg berkenaan..walaupun tak sempat semua tapi dapat rasakan aura positif masakan2 yg hebat dari dapur2 mereka. Saya? ermm..ermm..tengah belek2 kamera dan foto2 lebam yg masih lagi belum diedit..ada lebih dari 10 menu belum masuk list..huhu..tapi arini rasanya nak masukkan 3 dulu..insyaAllah..itupun dah lupa cerita ceriti setiap satu darinya..hehe..paham2 je la..


Sambal udang petai yg simple ni buat atas permintaan encek suami. Tiba2 dia teringin nak makan walaupun kitaorg jarang nak makan petai sbb perut nanti mesti berangin. Ntah kenapa ya? Sedangkan petai tu banyak khasiatnya. Apa2 pun saya langsaikan keinginan dia walaupun selepas itu...hehe...perut masing2 berangin! Hadoii la..TAPI tak pe..janji sodappp..hehe


Ada banyak cara orang masak sambal petai, kan? Saya buat resepi yg sangat simple saja sebenarnya..bahan2 yg saya gunakan: 

15 biji cili kering - direndam lembut dengan air panas, dibuang biji, dikisar kasar bersama sedikit belacan, air & sedikit hirisan bawang besar (kurang dari 1/2 labu)
2 papan petai - dibuang kulit
1/2 kilo udang - saiz sederhana besar dipotong hujung kepala & ekor 
1 labu bawang besar - dihiris
3 ulas bawang putih & 2 inci halia - ditumbuk kasar
1 batang serai - diketuk
1/2 cawan air asam jawa
1 pokok daun sup & daun bawang - dihiris 2cm panjang
Gula, garam & serbuk pati ikan bilis secukupnya

Caranya pula...

Panaskan minyak secukupnya. Tumis serai & bawang besar hingga bawang agak layu.
Masukkan bawang putih & halia yg ditumbuk tadi. Kacau sebentar.
Masukkan cili kering yg telah dikisar.
Renehkan sehingga sambal pecah minyak & sedikit garing.
Masukkan udang & petai.
Bila udang dah bertukar warna, masukkan air asam jawa.
Sesuaikan rasa gula, garam & serbuk pati ikan bilis.
Renehkan sebentar saja.
Last sekali masukkan daun sup & daun bawang.
Kacau rata & sedia untuk dihidangkan.


Selamat terliur & selamat mencuba.. =)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...