~ gedebuk..gedebak ~

24/01/2013

Roti Gulung Sosej

Salam mesra semua...

Meh kita view foto entri ke-2 menu lebam ari ni...


 Saya rasa idea ringkas ni amat sesuai dijadikan sarapan pagi @ untuk dibuat bekal anak2 ke sekolah. Itulah yg kita nak cari sebenarnya..hehe. Walaupun ia simple tapi agak mengenyangkan sebagai lapik perut di awal pagi. Boleh dimakan ratah gitu2 aja ataupun nak dicicah sos & mayonis boleh juga..


Resepi simple dimple ni saya cedok dari dapur Amie's Little Kitchen sebenarnya. Minta izin dipanjangkan di sini ya Amie cayang. Saya mmg suka yg simple & tuntas..senang keje didapur. Cuma resepi ni saya cut-short lagi..hehe..untuk sesuaikan dengan waktu pagi yg amat terhad.

Rujukan Resepi : AMIE
Olahan : Sendiri 

10 keping roti - sy gunakan roti serat (wholemeal) Gardenia
10 biji sosej - dicelur sebentar & toskan
1 biji telur - dipukul
Serbuk roti secukupnya
Sedikit sos cili & mayonis
Minyak untuk menggoreng

CARA
Lenyekkan roti hingga nipis
Sapu sedikit mayonis & sos cili
Letak sosej & gulung hingga habis
Potong/trim ujung roti bagi kemas
Sapu atau celup roti dengan telur
Golekkan di atas serbuk roti
Panaskan minyak & goreng hingga keemasan
Toskan di atas kitchen towel
Boleh dihidangkan bersama cicahan mayonis & sos cili jika suka


Kalau nak cuba sekali lagi saya nak letakkan kepingan cheese di dalamnya..lebih sedap kan?
Apa2 pun credit to Amie tuk resepi simple ni..terima kasih daun keladi yea.. :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...