~ gedebuk..gedebak ~

24/01/2013

Ayam Kashmir

Assalamualaikum & salam ceria semua..


Masa mula2 tengok resepi ni kat dapur Norzie Hany dah jatuh cinta pandang pertama..pastu intai2 pula kat dapur Dayang Jack..bertambah2 cintun..wah gitew! Dah siap tulis resepi bagai..akhirnya tersimpan camtu ja..hehe..pun begitu time nak masak ayam kampung yg berbaki 1/2 ekor tempoh hari baru teringat nak try resepi yg kujatuh cintan-cintun nih...


Dan...akhirnya...berjaya sempurnakan misi buat Ayam Kashmir yg sangat sedap! Tak yah gi Kashmir dah kan..hehe. Credit untuk mereka berdua kerana telah membuatkan perutku jadi 3D hari tu..tingggg!


Ok..jom kita ramai2 tengok resepinya...


Rujukan Resepi : Norzie Hany
Sumber : Dayang Jack

Bahan A:

1/2 ekor ayam (dipotong & digoreng setengah masak)

6 biji bawang merah - dihiris
1/2 labu bawang besar - dihiris
3 ulas bawang putih - dihiris
1 inci halia - dihiris
1 batang serai - diketuk
Rempah 4 sekawan (bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis & buah pelaga)
Sedikit daun kari

Bahan Kuah:
2 biji tomato - dicincang
1 sudu besar serbuk cili
2 sudu besar rempah beriani
2 sudu besar rempah kari daging
2 biji tomato - dipotong
2 biji ubi kentang - dipotong
Garam & gula secukup rasa

CARA
Panaskan minyak, tumis Bahan A hingga naik bau.
Satukan rempah, tomato cincang, serbuk cili & bancuh dengan air.
Kemudian masukkan dalam bahan A tumisan tadi.
Tumis hingga pecah minyak.
Masukkan ayam, ubi kentang & air secukupnya.
Biarkan ia masak.
Masukkan tomato, sesuaikan garam & gula.
Siap & hidangkan


Siap ada kentang love-love gitew..! Pada yg dah ramai cuba tu dah tau la rasanya..pada yg belum jangan ditunggu..harus masukkan dalam list anda ya..!


Dengan itu..sob..sob..huhu..tamatlah 3 entri lebam tuk hari ni..semoga bertemu lagi di lain entri lebam..insyaAllah.. :)

8 comments:

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

salam LB..

hmm.. nampak mengancam ayam kashmir dengan kentang love love tu.. kalau buat cicah dengan roti jala pun sedap ni kan?

salam kenal dari akak juga ye..

Rohah said...

sedap sangat nampaknya..kuahnya pekat..

Amie said...

Wah! Ayam Kashmir...kita pun dah jatuh cinta ni!

Sue @ Nenie said...

Salam...wahhhhhh....kentang dia..love love lagi....nampak pun menarik ni..mcm nak cuba juga lah....

Kerabu Jantung said...

Assalam Cik Leyda - pusing keliling dok cari siapa dia Lesung Batu! Akhirnya bertemu di Kashmir!

Lesung Batu said...

Kak Madiha: a'ah kan..cicah roti jala..sodap!

Rohah: ala2 kari mamak skit..pekat..melekatt..hehe

Lesung Batu said...

Amie: sama2 in love..wink3

Sue: wslm..sila2..wlupun kuahnya agak pedas tapi tetap memikat.. :)

Lesung Batu said...

Kerabu Jantung: Terima kasih sudi singgah sini.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...