~ gedebuk..gedebak ~

10/12/2012

Ketam Masam Manis

Assalamualaikum...
Entri lebam yg ke - entah berapa kali daaa...hehe...minggu ni insyaAllah kalau boleh nak muatkan semua menu2 lebam...tapi masa masih lagi mencemburuiku...huhu...

Itulah yang terjadi tiap2 kali..asyik menangguh nak menaip, edit, mengarang ditambah pula dengan line internet yg sangat2 slow cam kura-kura...bla bla bla...akhirnya semua bahan terperap gitu ja.

Okeh..tak nak bebel sangat..meh kita view menu simple yg dah biasa org buat..hihi..saya pun dah berapa kali buat tapi kali ni ja sempat shot aksinya. Menu simple cam ni tak muak di makan..ratah2 aja pun dah ok..bahannya pun mudah dapat..cuma ketam jelah nak cari yg fresh & gumoks (berisi) skit. 


Resepi ni saya cedok dari buku 1 Hari 1 Resepi Chef Hanieliza..saya cuma olah sedikit saja iaitu tak gunakan sos tomato tapi guna tomato ceri yg fresh..  


RESEPI
2 ekor ketam saiz besar - dibersihkan & dipotong 2
2 ulas bawang merah - hiris

3 ulas bawang putih - hiris
1 labu bawang besar - saiz kecil - hiris
2 inci halia - hiris halus
10 biji buah tomato ceri - dibelah 2 (klu tak da, guna sos tomato dalam 3 sudu besar)
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar madu - klu tak da ganti gula dlm 1 sudu
1 biji cili merah - hiris
1 pokok daun bawang - hiris panjang dlm 1 inci
1 cawan air
Garam secukup rasa

CARA
Panaskan sedikit minyak, tumis bawang merah, bawang putih, halia & bawang besar hingga layu.
Masukkan tomato, sos cili, air dan ketam.
Renehkan sambil tutup kuali, biar isi ketam masak sambil balik-balikkan ia.
Dah tu masukkan madu, cili merah, daun bawang dan perasakan garam.
Gaul rata & boleh dihidangkan.


4 comments:

K.Nor said...

fuhhhh bestnyer!!

mama_saly said...

sedapnya..!
lama tk makan si ketam tu..

follow sini..:)

Whoelses said...

Eyda, ku rasa ang kena cuba.. Betik muda sagat goreng.. nanti ku cerita..

Lesung Batu said...

Kak Nor: yg simple2 ja akak.. :)

Sally: folo sally juga..tima kasih sudi ronda2 sini..blh cuba resepi ni budak2 pun suka sbb tak pedas.. ^_^

Whoelses: uishh..bunyi cam thrill ja..ku tak pernah cuba lagi..okes..waiting 4 u.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...