Assalamualaikum...
Yaa..puding roti lagi! hehe...menu yg paling senang nak buat & sedap dimakan. Tapi resepi ni first trial sebenarnya saya ambil dari buku resepi Chef Hanieliza - 1 Hari 1 Resepi. Cuma saya modified skit dari resepi asal iaitu tak guna laici tapi guna buah rambutan & tambah kismis layer by layer dan juga kat atas sekali semasa membakar. Hasilnya tak mengecewakan dan tak terlalu manis...sesedap anak tekak tuk dimakan. :)
ini view bahan2 utama tuk buat puding ni...
ini pula view kejadian puding yang siap dibakar & disejukkan dahulu sebelum dipotong...
puding yang telah disira dengan sos karamel...mmm...sedia untuk dinikmati... :)
RESEPI
BAHAN A
1 buku roti (saya guna roti serat gardenia)
1 tin susu cair
2 cawan air
1 tin buah laici (saya guna buah rambutan dalam tin)
1/2 cawan gula halus
2 biji telur (dipukul bersama 1 sudu kecil esen vanila <- sy tambah)
2 sudu makan tepung jagung
1/2 cawan sirap rambutan dalam tin tu (saya tambah)
1 mangkuk kecil kismis (ini saya tambah)
BAHAN B (sos karamel)
*Masakkan hingga pekat
1 cawan gula perang
1/2 cawan air
CARA
Koyakkan isi buah laici @ rambutan dan roti pada saiz yang kecil
Campurkan semua bahan cecair dan rendamkan selama 1 jam
Masukkan ke dalam loyang yang sudah disapu minyak
*saya masukkan sedikit adunan yang telah direndam tadi dalam loyang & taburkan kismis. Selepas tu saya masukkan lagi adunan & taburkan kismis lagi...saya tabur layer by layer dan last sekali kat atas pun saya taburkan kismis sekali lagi (boleh cuba cara saya jika suka)
Bakar pada suhu 180'c selama 1 jam
(ikut kesesuaian oven masing2..sy bakar pd suhu 150'c selama 1 jam)
Sejukkan dan potong semasa menghidang
Hidangkan dengan sos karamel





3 comments:
Hello dear! Suka nama lesung batu...I masih suka guna lesung batu then blender.
Puding roti nampak sungguh menggoda..lama tak buat. Tapau dari sini ye :)
chip..resepi baru x dak ka? nak puasa ni..hehehehe..blh try yg bru.
Love: hehe..thks..serius masih guna? i ada 2 set..1 kecik & 1 besar..dua2 ada sentimental value.. :)
Kapten: aha...ada2...besa la selalu menu lebam ja yg masuk entri...stay tune...hehe
Post a Comment