~ gedebuk..gedebak ~

14/07/2012

Dorayaki Dwi Coklat

Assalamualaikum...
First trial Dorayaki tuk anak2 walaupun intinya tak berapa menjadi sebab tercair la plak kann...hehe...but worth trying...kejap je abisss...alhamdulillah...

Resepi yang saya gunakan ni cedok dari Majalah Sedap Bil.41|Vol.4. Eksperimen Dorayaki Dwi Coklat ni kalau ikut resepi bahagian kulitnya rasa agak tawar tapi bila letak bahan inti dan taburan gula aising sebagai penyudahnya barulah ada rasa manis tambah2 lagi manis coklatsss... :)



RESEPI

BAHAN KULIT:-
4 biji telur
100 gram gula pasir
2 sudu makan madu
1 sudu kecil esen vanila
1/2 sudu teh garam
225 gram tepung gandum
20 gram serbuk koko
2 sudu teh serbuk penaik
125 ml susu cair

BAHAN INTI:-
200 ml krim pekat
200 gram coklat masakan hitam - dipotong-potong

BAHAN TABURAN
50 gram gula aising

CARA
Kulit : pukul telur, gula pasir, madu, esen vanila & garam sehingga pekat. Masukkan tepung gandum, serbuk koko dan serbuk penaik sambil diayak dan dikacau rata berselang seli dengan susu cair.

Panaskan kuali rata. Tuang 1 sudu makan adunan. Biarkan mengembang. Terbalikkan adunan. Biarkan sehingga masak. Angkat dan ketepikan.

Inti : Panaskan krim pekat. Matikan api. Masukkan potongan coklat masakan hitam. Kacau sehingga larut. Sejukkan dalam peti sejuk. Pukul sehingga lembut. Masukkan dalam karung plastik tiga segi @ piping beg. Simpan dalam peti sejuk.

Ambil sekeping kulit. Semburkan bahan inti dengan spuit besar. Lapiskan dengan kulit lainnya.

Hidangkan setelah ditabur gula aising.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...