~ gedebuk..gedebak ~

02/06/2012

Telur Itik Masak Lemak Cili Api

Assalamualaikum...
Bahan utama dalam menu kali ni ialah telur itik. Selalunya kita makan telur itik yang telah diperam @ dimasinkan untuk dijadikan telur masin saja kan? Saya pun begitu. Tambah2 lagi masa bulan puasa. Telur masin adalah menu wajib ada di setiap hidangan bersahur. Okeh, kita berbalik pada cerita telur itik ni yang saya ambil dari rumah mak semasa balik ke sana sebulan yang lalu. Hehe...baru nak masukkan dalam entri kan?! Adesss! Walaupun mak cuma ada 2 ekor itik di rebannya tapi telur itik yang dihasilkan agak banyak. Telur itik  kampung la katakan :) hmmm...inilah kali pertama saya buat masak lemak cili api guna telur itik. Rasa dan bau telur itik tidak hanyir berbanding telur ayam. Memandangkan saya tak dapat cari belimbing besi untuk digandingkan dalam menu kali ni tapi saya gantikan dengan cendawan biasa saja. Cuma kuahnya saya lebihkan rasa pedas cili padi dan tambah rasa masam dari asam keping. 
Inilah bahan-bahan utama dalam resepi masak lemak cili api saya. Ada kunyit hidup, serai, cili merah, cili api, bawang merah, bawang putih yang ditumbuk separuh hancur terlebih dahulu.
Ini view bila kuah santan yang dididihkan. Saya pecahkan telur itik satu persatu di dalam kuali dalam jarak yang sesuai supaya ia tidak bercantum satu sama lain.

INFO TELUR ITIK
Saya sempat baca beberapa artikel tentang telur itik. Walaupun ada percanggahan pendapat tapi saya dapat buat satu kesimpulan bahawa telur itik memang terbukti kaya dengan lemak dan protein. Kandungan di dalam telur itik dapat membantu pertumbuhan sperma dan hormon testosteran di mana ia bagus untuk ereksi seks. Untuk kaum lelaki ia baik dimakan seminggu sekali @ 4 kali seminggu bersama makanan lain terutamanya kerang dan tiram kerana kedua makanan ini kaya dengan zink yang membantu pertumbuhan hormon testosteran dalam badan.

Antara lain khasiat telur itik adalah kepada ibu mengandung di mana ia dikatakan dapat mencantikkan mata bayi yang akan dilahirkan nanti. Pada usia kandungan 4-7 bulan ibu yang mengandung boleh campurkan 1 biji telur itik dan madu lebah, dikacau rata dan minumlah campuran tersebut secara teratur sekali dalam seminggu.


Itulah serba sedikit info pasal telur itik...ok sekarang meh kita view resepi yang simple ni.. :)

RESEPI

4/5 biji telur itik
2 cawan santan pekat
1/2 cawan air
2 batang serai - diketuk
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2cm kunyit hidup
Secubit serbuk kunyit
1 biji cili merah
6/7 biji cili padi
4 keping asam jawa
Sedikit udang kering
1 peket cendawan
2 helai daun kunyit
1 sudu serbuk pati ikan bilis Maggi
Garam secukup rasa

CARA
Bersihkan telur itik dan ketepikan.
Tumbuk separuh hancur bawang merah, bawang putih, kunyit hidup, cili merah, cili padi, serbuk kunyit.
Masukkan serai, bahan tumbuk dalam periuk juga bersama air dan santan pekat. 
Masukkan udang kering yang telah ditumbuk dan asam keping.
Didihkan kuah di atas api yang perlahan sambil mengacaunya sekali sekala.
Bila kuah pekat dan mendidih, pecahkan telur itik satu persatu.
Jangan kacau, biar kuah mendidih.
Masukkan daun kunyit dan cendawan peket.
Terbalikkan telur itik bagi kedua belah masak.
Masukkan serbuk pati ikan bilik Maggi dan rasakan garam.
Biar kuah mereneh sebentar dan tutup api.
Siap untuk dihidangkan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...