~ gedebuk..gedebak ~

19/05/2012

Kari Telur Ikan Nyok-nyok

Assalamualaikum...
Ni haa baru la nak tayang menu 2 minggu lepas...agak2 je laa...hehe...dah lupa bila...asyik membzkan body ngan hal2 lain dah lupa nak update blog kan...hmmm...Kari Telur Ikan Nyok-nyok...tak pasti pula dalam bahasa ikut kamus dewan "Ikan Nyok-nyok" ni dinamakan apa ye?! cuma dalam bahasa lain yang saya tahu ikan nyok-nyok juga dikenali dengan nama "Ikan Pelotan"..
Kuah kari yang saya hasilkan ni agak pekat...dah jadi kebiasaan bila masak kari saya suka kuah yang pekat, pedas, sedikit rasa masam dan tidak bersantan. Ini juga percubaan kali ke-2 saya masak menu kari gunakan telur ikan. Pertama kali saya masak guna telur ikan merah tapi rasa telur di bahagian hujungnya sedikit pahit. Tapi kali ini bila gunakan telur ikan nyok-nyok..rasa pahit tak ada dan bila makan dengan kuah kari digaul bersama nasi panas...ada pula sambal belacan...memang menyelerakan...nyummm... 

RESEPI
5/6 ketul telur ikan nyok-nyok
(dibersihkan/dicuci dengan sedikit perahan limau nipis)

Bahan Pes Kari 
2 ulas bawang merah - ditumbuk*
2 ulas bawang putih - ditumbuk*
Sedikit halia - ditumbuk*
1 sudu besar serbuk kari ikan Alagappa's
1 sudu besar serbuk kari ikan Adabi
1 sudu besar serbuk cili
-Satukan semua bahan diatas dengan sedikit air dan jadikan pes-

Bahan Tumis
1 labu bawang besar saiz sederhana - dihiris
2 ulas bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1 biji tomato - dipotong 4
1 sudu kecil halba campur
2 tangkai daun kari

Bahan Kuah
1 sudu besar asam jawa - ramas & tambah air jadikan 2 mangkuk kecil air asam jawa
1 cawan santan (jika mahu - saya tak guna)
1/2 kuntum hirisan bungan kantan
1 biji tomato - dipotong 4
6-8 biji bendi - dipotong 2 serong
1/2 batang timun - dibuang biji & dipotong panjang (style ikut suka)
6-8 biji cili api ataupun 3 biji cili merah besar - dibelah 2 tidak putus
Garam secukup rasa

CARA
Panaskan minyak. Tumiskan daun kari dan halba campur hingga naik bau.
Masukkan bawang besar dan tomato. Goreng hingga agak layu.
Masukkan bawang merah dan bawang putih.
Kacau goreng hingga agak garing.
Masukkan bancuhan bahan pes kari.
Tutup periuk dan kacau-kacau selalu untuk dapatkan kuah yang cantik.
Masukkan sedikit air untuk bagi kuah masak dengan pecah minyak.
Bila kuah dah pecah minyak dengan elok, masukkan air asam jawa dan bunga kantan.
 (atau tambah santan jika perlu/mahu)
Kacau dan biar kuah mendidih.
Bila kuah mendidih dalam 5 minit selepas itu, masukkan telur ikan tadi.
Masak dengan api sederhana besar dan biar kuah mereneh.
Masukkan tomato, bendi, timun dan cili api serta garam secukup rasa.
Renehkan kuah hingga telur ikan dan sayur masak.
Tutup api dan hidangkan.
Sesuai dimakan bersama nasi panas atau bersama roti juga roti canai.

2 comments:

Abang Zul said...

Salam Hormat,

Untuk pengetahuan Puan, Ikan Nyok Nyok dan Ikan Pelotan adalah dua spesis yang amat jauh berbeza.

Ikan Pelotan atau Puhitan atau Ikan Goh atau Seludu itu adalah spesis Catfish. Berbadan seperti keli tanpa sisik.

Rasanya tidak sesedap ikan Nyok Nyok yang berbentuk kepala seperti Bawal dan badan seperti Jemuduk (yang saya masih konpius apakah nama lainnya - hatta para pemancing tegar pun masih tidak boleh memastikan apakah namanya selain Nyok Nyok)
Yang tahu, nama Inggerisnya: Big Eye Trevally.

Peace!

Lesung Batu said...

abg Zul..terima kasih atas komen anda..sgt2 hargainya..sy pun tak pasti sbb bukan pakar ikan..hehe..

mmg betul kata abg zul tak tau apa nama lain tuk ikan nyok nyok ni..yg sy tahu isi pejalnya mmg sedap dimakan terutamanya bila dimasak kari/gulai..sgt femes di belah utara nih.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...