~ gedebuk..gedebak ~

03/03/2012

ROTI JALA cicah KARI DAGING

Assalamualaikum...
Hari ni memang betul2 puas hati dengan eksperimen roti jala a.k.a roti kirai yg sangat popular di Utara ni. Menu breakfast hari ni bukan saja enak dimakan waktu sarapan tapi bila2 masa kerana gandingan bahan cicahannya iaitu Kari Daging sangat menyelerakan..
Okeh..kat bawah ni saya tunjuk step2 buat roti jala ni menggunakan botol ajaib yg saya order khas dari Kak Mimi..time kasih ya kak susah2 poskan ke ofis..hehe :)
 inilah botol ajaib 3 muncung (3 lubang)...saya gunakan dua botol untuk selang selikan 2 caler...
 agar gementar di situ...first trial...after a few times then only jadi cantik macam foto kat bawah ni...hoho...
 hahhhh...ini 1st step nak lipat roti jala ....
 then lipat dengan menggulung perlahan hingga hujung...
dannnnn...ini hasilnya! canteksss kan?? hehehe....okeh...meh kita view set lengkap gandingan berdua ni..nyum2.. :)
dah nama pun eksperimen..so saya buat roti jala yang caler maler..satu set hijau lumut + putih and another set biru torquise + putih...layannnn
dan resepi untuk Roti Jala & Kari Daging yg sangat SEDAPPP ni..(ewahh..) as follows:-

Resepi Kari Daging:
500gram daging (dipotong)
1 sudu besar cili mesin (saya tumbuk lumat)
1 labu bawang besar, 3 ulas bawang putih, 1 inci halia (dikisar)
3 sudu besar serbuk rempah kari daging
2 tangkai daun kari
2 biji ubi kentang (dipotong)
3/4 cawan santan pekat
3 cawan air
Air asam jawa
Garam
Gula

Cara:
Panaskan minyak dan tumiskan cili mesin/tumbuk hingga garing. Masukkan bahan2 yang dikisar. Kacau rata. Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air dan daun kari. Tumis hingga pecah minyak. Untuk menghasilkan tumisan yang pecah minyak boleh masukkan 1/2 cawan air. Kemudian masukkan daging dan goreng lebih kurang 10 minit. Masukkan ubi kentang dan 1/2 cawan air. Masak lagi lebih kurang 15 minit. Kemudian masukkan lebihan air. 
Masak daging hingga hampir empuk dan masukkan santan dan masak hingga mendidih. Kacau sentiasa supaya kuah cantik. Bila kuah mendidih, masukkan garam, gula dan air asam jawa. Masak hingga kuah agak pekat ikut seperti yang disukai...macam saya suka masak pekat...melekattt...nyummmy... :)

Resepi Roti Jala: 
2 cawan tepung gandum (saya guna 4 cawan sesuai isi rumah)
2 cawan air
1/2 cawan susu sejat (saya guna susu Ideal)
1 biji telur (saya guna 2 biji)
1 sudu kecil garam halus
beberapa titik pewarna (eksperimen saya gunakan warna hijau & biru)

Cara:
Masukkan semua bahan ke dalam blender dan blend hingga semua sebati.
Perapkan selama 1/2 jam.
Panaskan kuali dengan api sederhana.
Sediakan kuali leper non-stick dan masukkan ke dalam acuan roti jala.
Tebar/kiraikan adunan atas kuali
Biarkan hingga roti jala tu masak.
Angkat dan gulung/lipat ikut citarasa masing2.


2 comments:

Anonymous said...

salam sis.. cantik nyer kaler roti jala ni.. teruja u...

Anonymous said...

slm sis sya nk beli botol yg jual roti jala tu...sis jual x?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...