~ gedebuk..gedebak ~

16/03/2012

Nasi Goreng Cendawan

Assalamualaikum...
Nasi goreng ni menu sarapan bila ntah..saya pun dah lupa..hehe..selalunya lepas aktiviti masak2 dan shot2...kadang2 terbiar lama baru nak ngadap PC buat entri...itulaa.. :P
But anyway saya nak citer sikit tentang cendawan yang jadi bahan utama dalam menu ni...seperti yang kita maklum cendawan ialah sejenis kulat yang tumbuh di atas tanah @ sumber nutriennya. Kajian mendapati cendawan boleh mengurangkan kandungan gula dan menambah insulin di dalam darah, membunuh beberapa jenis virus yang membawa penyakit berjangkit dan turut berperanan sebagai agen mempertahankan badan dari serangan barah. Namun tidak semua cendawan boleh dimakan dan ada juga cendawan yang beracun..al-kisahnya!
Okeh. . .berbalik kita pada menu ni, saya gunakan cendawan butang yang kaya dengan vitamin dan galian. Cendawan ni ada vitamin B dan kalium yang tinggi. Cendawan yang mentah bebas kolesterol, lemak dan natrium. Cendawan ini juga mempunyai jumlah tenaga yang amat rendah iaitu lima cendawan butang bersaiz sederhana bersamaan hanya 20 kalori. Haaa. . .baik betul cik cendawan kannnn. . .
macam biasa mesti ada aktiviti gedebuk gedebak dalam blog ni. . .bahan2 asas ditumbuk dengan jayanya untuk hasilkan bahan tumisan. . . dan juga saya hanya gunakan sayur kacang buncis & carrot. . .
sayur2 dipotong ikut suka hati..lalala...asalkan ada sayur dalam menu ni so barulah meriah kan..:)
okeh. . .nasi goreng cendawan in da house. . . sedia untuk dinikmati. . . nyum2. . . resepi ada saya sertakan sekali. . .

RESEPI
1 mangkuk besar nasi panas - nasi yang telah dimasak
1 mangkuk kecil Udang - saiz sederhana besar (nak lebih pun buleh)
Bawang merah, bawang putih, cili api, cili merah (dibuang biji) - ditumbuk @ diblend (saya go green so tumbuk ja..)
3 helai daun limau kasturi - dipotong halus
1/2 biji bunga kantan - dihiris nipis
1/2 tin @ lebih - cendawan butang - dihiris nipis
Sayur Kacang buncis & Carrot - dipotong
4 sudu besar Sos Tiram 
2 sudu besar Sos Cili
1 sudu kecil serbuk pati ayam Maggi
Garam

CARA
Panaskan minyak dengan majerin. Tumis bahan tumbuk. Masukkan sos2. . .kacau2 hingga naik bau. Masukkan cendawan, daun limau purut, bunga kantan. . .kacau2 hingga agak garing, boleh tambah air jika perlu. . .masukkan garam, serbuk pati ayam Maggi. . .kacau2 lagi then masukkan udang bersama nasi yang telah dimasak tadi. Goreng hingga masak semua bahan2 & last sekali boleh masukkan carrot & kacang buncis. Saya masukkan sayur2 di akhir gorengan kerana saya lebih suka bila makan tu nanti ada kesan rangup! Ikut cara masing2 la kan. . .lagipun sayur tidak elok dimasak terlampau agar zatnya tidak terjejas. . .:)





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...