~ gedebuk..gedebak ~

04/03/2012

Daging Bakar CICAH Air Asam Kerisik. . . nyum2 . . .

Assalamualaikum...
Ada byk cara nak pelbagaikan masakan yg menggunakan daging. Tapi saya lebih suka pada sesuatu yg mudah dan cepat. Macam menu daging hari ni saya pilih untuk bakar saja..kebetulan terjumpa resepi air asam kerisik yg kecur ayaq liuq nih...adesss...so apa lagi gedebuk gedebak sediakan bahan2 yg super ringkas..
saya cuma perap seketul daging dengan garam, sedikit serbuk kunyit dan Oregano whole..perap dalam masa sejam lebih..then bakar dlm oven selama 30 minit..
dah siap bakar daging..restkan sebentar sementara explore air asam kerisik..bahan2 semua dah ada..mula lah menumbuk bahan2 asas..
masa aksi menumbuk ni pun dah kecur liur..kejap je dah siap!

okeh..dah siap semua..posing lawa2 atas pinggan..hoho..dan resepinya..


AIR ASAM KERISIK :-
Bahan A:
1sudu makan asam jawa
2 biji cili merah
5 biji cili api
1/2 cawan air suam
1 biji tomato - dipotong dadu
1 inci belacan
1 sudu makan gula
1 sudu teh garam
Bahan B:
2 biji tomato
1 labu bawang besar - dipotong nipis
3 biji cili hijau - dipotong nipis (saya guna cili api)
2 biji cili merah - dipotong nipis
5 biji limau kasturi
1 sudu makan kerisik

CARA
Gaulkan asam jawa dan air, kemudian tapiskan
Masukkan semua Bahan A ke dalam pengisar & kisar kasar 
(saya guna lesung je tumbuk kasar)
Gaulkan bahan yang dikisar bersama Bahan B
Hidangkan dengan daging bakar @ ikan bakar

2 comments:

MaryaYusof said...

As salam ida,

Dtg terjah dr blog Noor Fatin... Daging tu looks tempting! Drooolinglah pulak! Salam kenal :)

Lesung Batu said...

waalaikumusalam Marya.. :)
sori ye i really tak pasan ur comment...maklom la still blur pasal blog..hehe..thks for viewing..u should try masak daging tu..its not juz looks sodap tapi mmg terangkat when cicah wit air asam kerisik...nice knowing u too.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...