~ gedebuk..gedebak ~

31/03/2012

Baby Kailan Tumis Daging

Assalamualaikum...
Saya suka masak sayur yg simple macam ni...ia mudah & tuntas! Bahannya pun tak banyak dan rasa manis sayur tidak terjejas kerana tak mengambil masa yg lama untuk disiapkan. Sayur baby kailan tergolong dalam sayur Kailan cuma bentuk sayurnya agak kecil, bulat dan teksturnya rangup. Ada pelbagai cara untuk masak sayur ni...terpulang pada kreativiti masing2. Kebiasaannya ia dimasak tumis bersama ikan tenggiri masin.Itu cara paling mudah dan sangat menyelerakan. 
Inilah dia rupa baby kailan tu...cun kan? hehe... (gambar ihsan pakcik google). Kailan @ baby kailan mempunyai nutrisi yg sama. Ia kaya dengan vitamin C dan baik untuk melawan penuaan. 100 gram sajian kailan menyamai 1/3 vitamin A yg diperlukan tubuh yg juga baik untuk kesihatan mata umumnya. Selain sumber zat besi, kandungan karotenoid atau zat pigmennya menjadikan sayuran hijau ini sebagai salah satu makanan yg baik untuk melawan kanser. Kandungan nutrisi: per 100 gram mengandungi 2,3 gram protein, 1,4 mg zat besi, 10.000 IU vitamin A, 140 mg vitamin C. Ia terbaik dimakan bersama tomato mentah @ dengan makanan kaya vitamin C untuk penyerapan zat besi yg optimum.
RESEPI
4 batang pokok baby kailan - dipisahkan daun2nya (sy potong/belah sedikit, celurkan terlebih dahulu)
1 mangkuk kecil brokoli - dicelur & ketepikan
1 mangkuk kecil daging - dipotong halus memanjang

2 ulas bawang putih - dipenyet
4 biji cili api - diketuk

1/2 biji bawang besar - dihiris 
3 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil oregano whole
Hirisan cili merah untuk hiasan 
Minyak untuk menumis
Garam

CARA
Panaskan minyak dan tumis daging sehingga garing.
Masukkan bawang besar diikuti bawang putih & cili api.
Masukkan sos tiram, sayur baby kailan dan taburkan oregano whole.
Kacau sekali bersama brokoli celur tadi, rasakan garam. 
Tabur hirisan cili merah sebagai hiasan. Siap.











No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...